Isnin, 24 Ogos 2009

Kehadiran Yang Dinanti...




Ramadhan datang lagi... Sekian lama umat islam menunggu kehadiran bulan mulia ini...

bersama lah kita berusaha menambahkan amal ibadat kita di bulan keberkatan ini... Amin....

Khamis, 6 Ogos 2009

khasiat ayat Al-Quran


Assalamualaikum...

ni info yang aku dapat dari laman web Jabatan Agama Islam Perak.. menarik n sgt berinfomasi... kita kongsi sama2 fadhilat ayat2 suci Al-Quran ni... aku harap dapat jadi panduan utk kita...

1) Surah Al Waaqiah / Ayat 19 :Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakitSurah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur.Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.


2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :Baca dalam musibah bukan sahaja kematianSurah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.


3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar


4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.


5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman


6) Surah Ta'Ha. / Ayat 25 - 27Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok ajar anak.


7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15Doa untuk jauhkan seksa kuburUntuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.Untuk Mohon murah rezeki.


8) Surah Al QadrDoa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib.


9) Surah Al-Anbiyâ’ / Ayat 83 :Doa Nabi Ayob – ketika sakit selama 18 tahun


10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman.


11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).


12) Surah Al-Imran / Ayat 200Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.


13) Surah Ash-SharhDibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati. Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang. 40X selepas solat fardhu.

Rabu, 5 Ogos 2009

haRi RaBu YanG maLAng Bagi Ku

semalam hari paling moody la bg aku... boleh plak aku merajuk ngan hubby aku sampai saggup aku dtg keja naik lrt... nak tunjuk la konon yang aku merajuk... malang pulak aku semalam...sampai opis dah lambat.. punch kad pun 8.04 minit, risau jugak aku x penah lambat dtg keja.. tapi nak ke xnak aku masuk jugak la opis aku dengan muka slumber n sposen nye.. tp ok jugak la x ramai org pg2.. mgkin ramai yag berkursus n pegi breakfast jd x nampak sgt aku lambat. 4 minit lambat tu kira ok lg la... x la dikatakan lambat sgt.. bertambah2 moody aku... kena plak gantikan PA TKP kat bangunan sebelah yang pegi klinik. asyik pegi klinik jer...mmg hangin jugak aku.. asyik kena gantikan org jer... kena paksa buat keja org smpai keja aku terbengkalai.. dalam erti kata yang sebenar... pending sebentar la. baik aku jer jadik PA TKP tu.. lagi pun aku ni bukan la "pool". mau x hangin.... aku duduk sekejap jer kat situ.. bg nampak muka jer.. xnak aku dok tempat macam gua kat situ.. sorg2.. sunyi sepi.. staf2 kat situ pun x pulak nak lalu lalang kat situ.. takut kena tegur ngan TKP. he he he he.... atleast x la aku kesunyian kat situ... tp ok la... aku nak moody pun sekejap jer... pastu hilang mcm tu jer.

kdg2 aku pun lupa aku moody... bila dah jumpa kawan2 dah hepi2 balik..

time kul 5 tu aku dapat mesej hubby aku nak ambik kul 5.10 kat bawah... konon nak tunjuk perasaan aku yang aku merajuk dgn dia ntah apa sebabnya aku pun x pasti terus aku reply kat dia xyah ambik aku. nak balik naik lrt la dah aku dtg td pun dgn lrt.. hubby aku tu pun mcm pasrah jer..

aku pun naik la star lrt kat jalan sultan ismail tu sampai kat cempaka... kalau aku turun kat cempaka tu xde la nak berebut nak naik bas sbb kat situ x la ramai sgt org.. sampai bas sri nilam aku pun naik la bas tu... kira aku org terawal yg naik bas tu.. jadi dapat la duduk.. aku tengok kakak kat sebelah aku tu terlelap aku pun terpikir la nak terlelap sekejap... ntah mcm mana la aku mmg betul2 terlelap.. mmg aku x sedar langsung.. ntah mcm mana la keadaan aku masa tu agaknya... malu pulak aku bila memikirkan nya.. bayangkan lah bila aku buka jer mata.. rupanya rumah aku dah jauh terlepas.... panik sekejap tp masih under control... he he... dengan perasaan yang bercampur baur aku pun tekan la loceng.. pastu ambik bas yang ke sri nilam.. mmg lambat la ku sampai kat umah. dekat2 kul 7, nasib baik aku dah solat asar kat opis sebelum balik tu. menyesal pulak aku merajuk sampai mcm tu... penat.. malu pun ada... InsyaAllah, lain kali x buat lagi dah..

Abg... sorry erk... cyg merajuk x tentu pasal... he he he..

Selasa, 4 Ogos 2009

duLu ~ KiNi ~ SeLaMaNyEr