Rabu, 8 Ogos 2012

Assalamualaikum....



apa khabar bloger2 sekelian? lama giler x bukak blog sndiri.. dh lupa aku ada blog sendiri... asyik membaca blog org jer...... hahaha.... byk benda baru smpai xtau mana 1 nk post dl.. dgn keadaan kesihatan 'lower level' lagi la hilang kemana ntah mood aku nk exercise kan jari2 runcing ku ini... now.. 2012, aku masih lagi aku yg dl.. dh 2 orang hero n seorang puteri menerangi kehidupan yg indah kurniaan Tuhan ini. mcm2 dugaan2 hidup yg berjaya aku tempuhi, memberi tahu bahawa, Allah masih menyanyagi hamba yang serba serbi kekurangan.. Alhamdulillah, kami semakin dekat dgn-Mu Ya Rabbi. Syukur Alhamdulilah yg teramat sgt... 

di Keheningan ini, sbnarnya aku masih kekeringan idea untuk mencoretkan sepatah dua di halaman ini.. cuma ingin mengingati diri bahawa aku masih mempunyai blog untuk mencetus idea2 yang bersarang di dlam minda ku ini... 

Bakal kembali di lain sesi... 
:)

Sabtu, 5 Disember 2009

Aku kini bergelar siswa

seteleh sekian lama,menutup buku, aku kini kembali bergelar siswazah universiti, erm... perkara yang aku impikan sejak aku keci lagi. walapun umur dah meningkat tapi aku gagah2 jugak la, mujuq la otak pun x berkarat lagi. hi hi hi.. sekarang ni aku tengah dok kursus intensif kat USM, buat degree, dalam management, secara PJJ je lah. xleh nak buat sepenuh masa, sbb aku bukan pegawai, klu bukan pegawai kena ambi cuti tanpa gaji plak, kang xdak gaji nak makan apa plak kan... ni pun kira ok la keluaq pekeliling yg cakap boleh ambik cuti tanpa rekod utk p kursus intensif... Alhamdulillah, impian aku nak jadi siswa USM dimakbulkan tuhan.... aku bersyukur jugak la ada hubby yang bg semangat n sokong aku sbb bukan senang nak bahagi masa ngan keja, umah tangga pastu nak stud lagik. mau beku jugak otak dibuatnya... dengan kawan2 yang memberikan sokongan moral, aku melangkah jugak la... bila fikir kan cita2 dn impaian aku, aku tekadkan semangat utk meneruskanpengajian. mula2 nak biasakan diri mmg susah, mula2 mmg x pandai nak uruskan masa, nak buat assigmnment, nk p sidang video lagi.. mmg kelam kabut jugak la... tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan aku.

Selasa, 29 September 2009

Dapat Hobi Baru...

Hai kawan2....
Peace....
aku ada cita baru nak bgtau korang sume... pasal hobi dan minat aku yang baru ku cambahkan.... hi hi hi... dalam kesibukan disamping keja2 hakiki dan study tetiba aku dapat minat baru... berkobar2... urm... aku sekarang sibuk belajar kemahiran menjahit baju kurung... benda yg aku x penah ada asas atau pendedahan sejak kecik... asal je nak buat baju mesti pusing cari tailor... masa nak raya lagi la... kalau lambat je antar tempahan kat tailor alamat x merasa la pakai baju raya baru...

Kak Zura... opis mate aku... org yang bertanggungjawab mencambahkan kemahiran dan minat aku dalam seni jahitan ni... Kak Ros plak penasihat aku dalam mencantikkan lagi seni jahitan aku yang x berseni... diorg ni la org kuat yang byk support aku... mula2 hubby aku sendiri tawakan aku bila aku cakap nak buat baju kurung sendiri... walaupun dia anggap aku mcm main2 je aku teruskan jugak siapkan baju aku tu... apa dia nak cakap.. cakap la... bila dah siap je sehelai baju aku tunjuk kan kat dia baju yang aku siapkan hasil tunjuk ajar cikgu2 aku tu... baru bulat biji mata dia... n then bila aku dah nak start buat baju kurung yang kedua... baru la aku dapat merasa kan bahang "moral support" dari hubby aku yang tercinta tu... walaupun byk sgt komen yang kuar dari mulut dia... itu x betul, ini x betul... mcm dia plak cikgu aku...tapi  aku terima dengan hati yang terbuka..

yang paling manis buat aku adalah saat dia membenarkan aku membeli sebuah mesin jahit portable SINGER yang menjadi idaman aku sejak timbulnya seni jahitan baju kurung aku tu... TQ honey... I Love U so Much.. hubby aku tu susah ckit bab2 nak beli brg mcm tu. pada dia x penting dan x perlu pun, mungkin dia tgok aku berkobar2 nak jahit baju sendiri. itu yang membuka hati dia nak benarkan aku beli mesin jahit tu..

malang pulak aku x dapat nak post gambar baju hasil jahitan baju aku tu kat sini... ada masalah teknikal ckit... InsyaAllah, nt bila masalah teknikal tu dah diatasi aku akan post kan hasil pembelajaran aku ngan kak zura tu kat ruangan ni untuk tatapan kawan2.. nak jugak aku dapat komen dari kawan2 hasil jahitan aku tu... maklumlah... bila dah berusia mcm ni baru nak belajar itu ini...tp masih belum terlambat.. dah kurang 1 masalah aku nak cari tailor utk buat baju aku... rasa puas tau.. dapat pakai baju hasil jahitan tangan sendiri...

Buat kak zura n kak ros, serta opis mate aku yang lain2 tu terima kasih la. korang mmg best... ckit pun x menjatuhkan semangat aku yang berkobar2 nak belajar buat baju dari kak zura... TQ sgt...

ok... kita jumpa next post...

Luv U all...

Ahad, 27 September 2009

salam aidilfitri

terasa cepat masa berlalu... sekejap jer dah raya ke -8 hari ni, aku pun dah start keja.. tp hubby masih bercuti dan masih dengan mood rayanyer.. dalam keletihan berdepan dengan perjalanan jauh dari kl ke pahang dari pahang ke peneng dari penang kembali ke kl. mmg terasa jugak sengal2 bahu ku ini. hari ni terpaksa jugak la aku mencari mood keja balik... x puas rasanya bercuti di kampung.. lama2 sekali baru dapat balik menjenguk ayah bonda di kampung mmg terpendam jugak rindu ayah bonda ku yang tercinta. seronok dapat beraya bersama.

kat opis pun masih ramai lagi yang bercuti... x berapa kerat yang ada.. nak keja pun... alahai.. buat je lah apa yang patut.. masing2 masih melayan kenangan beraya di kampung... ntah ada ntah tidak diorg tu kat opis ni... takut badan je ada kat sini... hati n fikiran masih kat kg lagik...

kawan2... marilah kita sama2 mencari mood untk bekerja yer....

di kesempatan ini la aku sebagai insan yang lemah ingin memohon seribu kemaafan, seandainya ada terlanjur kata.. terkasar bahasa... x kira la sama ada sedar atau tidak ada kesalahan tu, aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.... minta maaf segala2 nya... jgn la simpan dendam dalam hati...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
MAAF ZAHIR & BATIN....

PEACE.........

Isnin, 24 Ogos 2009

Kehadiran Yang Dinanti...




Ramadhan datang lagi... Sekian lama umat islam menunggu kehadiran bulan mulia ini...

bersama lah kita berusaha menambahkan amal ibadat kita di bulan keberkatan ini... Amin....

Khamis, 6 Ogos 2009

khasiat ayat Al-Quran


Assalamualaikum...

ni info yang aku dapat dari laman web Jabatan Agama Islam Perak.. menarik n sgt berinfomasi... kita kongsi sama2 fadhilat ayat2 suci Al-Quran ni... aku harap dapat jadi panduan utk kita...

1) Surah Al Waaqiah / Ayat 19 :Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakitSurah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur.Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.


2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :Baca dalam musibah bukan sahaja kematianSurah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.


3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar


4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.


5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman


6) Surah Ta'Ha. / Ayat 25 - 27Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok ajar anak.


7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15Doa untuk jauhkan seksa kuburUntuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.Untuk Mohon murah rezeki.


8) Surah Al QadrDoa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib.


9) Surah Al-Anbiyâ’ / Ayat 83 :Doa Nabi Ayob – ketika sakit selama 18 tahun


10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman.


11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).


12) Surah Al-Imran / Ayat 200Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.


13) Surah Ash-SharhDibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati. Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang. 40X selepas solat fardhu.

Rabu, 5 Ogos 2009

haRi RaBu YanG maLAng Bagi Ku

semalam hari paling moody la bg aku... boleh plak aku merajuk ngan hubby aku sampai saggup aku dtg keja naik lrt... nak tunjuk la konon yang aku merajuk... malang pulak aku semalam...sampai opis dah lambat.. punch kad pun 8.04 minit, risau jugak aku x penah lambat dtg keja.. tapi nak ke xnak aku masuk jugak la opis aku dengan muka slumber n sposen nye.. tp ok jugak la x ramai org pg2.. mgkin ramai yag berkursus n pegi breakfast jd x nampak sgt aku lambat. 4 minit lambat tu kira ok lg la... x la dikatakan lambat sgt.. bertambah2 moody aku... kena plak gantikan PA TKP kat bangunan sebelah yang pegi klinik. asyik pegi klinik jer...mmg hangin jugak aku.. asyik kena gantikan org jer... kena paksa buat keja org smpai keja aku terbengkalai.. dalam erti kata yang sebenar... pending sebentar la. baik aku jer jadik PA TKP tu.. lagi pun aku ni bukan la "pool". mau x hangin.... aku duduk sekejap jer kat situ.. bg nampak muka jer.. xnak aku dok tempat macam gua kat situ.. sorg2.. sunyi sepi.. staf2 kat situ pun x pulak nak lalu lalang kat situ.. takut kena tegur ngan TKP. he he he he.... atleast x la aku kesunyian kat situ... tp ok la... aku nak moody pun sekejap jer... pastu hilang mcm tu jer.

kdg2 aku pun lupa aku moody... bila dah jumpa kawan2 dah hepi2 balik..

time kul 5 tu aku dapat mesej hubby aku nak ambik kul 5.10 kat bawah... konon nak tunjuk perasaan aku yang aku merajuk dgn dia ntah apa sebabnya aku pun x pasti terus aku reply kat dia xyah ambik aku. nak balik naik lrt la dah aku dtg td pun dgn lrt.. hubby aku tu pun mcm pasrah jer..

aku pun naik la star lrt kat jalan sultan ismail tu sampai kat cempaka... kalau aku turun kat cempaka tu xde la nak berebut nak naik bas sbb kat situ x la ramai sgt org.. sampai bas sri nilam aku pun naik la bas tu... kira aku org terawal yg naik bas tu.. jadi dapat la duduk.. aku tengok kakak kat sebelah aku tu terlelap aku pun terpikir la nak terlelap sekejap... ntah mcm mana la aku mmg betul2 terlelap.. mmg aku x sedar langsung.. ntah mcm mana la keadaan aku masa tu agaknya... malu pulak aku bila memikirkan nya.. bayangkan lah bila aku buka jer mata.. rupanya rumah aku dah jauh terlepas.... panik sekejap tp masih under control... he he... dengan perasaan yang bercampur baur aku pun tekan la loceng.. pastu ambik bas yang ke sri nilam.. mmg lambat la ku sampai kat umah. dekat2 kul 7, nasib baik aku dah solat asar kat opis sebelum balik tu. menyesal pulak aku merajuk sampai mcm tu... penat.. malu pun ada... InsyaAllah, lain kali x buat lagi dah..

Abg... sorry erk... cyg merajuk x tentu pasal... he he he..