Sabtu, 5 Disember 2009

Aku kini bergelar siswa

seteleh sekian lama,menutup buku, aku kini kembali bergelar siswazah universiti, erm... perkara yang aku impikan sejak aku keci lagi. walapun umur dah meningkat tapi aku gagah2 jugak la, mujuq la otak pun x berkarat lagi. hi hi hi.. sekarang ni aku tengah dok kursus intensif kat USM, buat degree, dalam management, secara PJJ je lah. xleh nak buat sepenuh masa, sbb aku bukan pegawai, klu bukan pegawai kena ambi cuti tanpa gaji plak, kang xdak gaji nak makan apa plak kan... ni pun kira ok la keluaq pekeliling yg cakap boleh ambik cuti tanpa rekod utk p kursus intensif... Alhamdulillah, impian aku nak jadi siswa USM dimakbulkan tuhan.... aku bersyukur jugak la ada hubby yang bg semangat n sokong aku sbb bukan senang nak bahagi masa ngan keja, umah tangga pastu nak stud lagik. mau beku jugak otak dibuatnya... dengan kawan2 yang memberikan sokongan moral, aku melangkah jugak la... bila fikir kan cita2 dn impaian aku, aku tekadkan semangat utk meneruskanpengajian. mula2 nak biasakan diri mmg susah, mula2 mmg x pandai nak uruskan masa, nak buat assigmnment, nk p sidang video lagi.. mmg kelam kabut jugak la... tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan aku.

Selasa, 29 September 2009

Dapat Hobi Baru...

Hai kawan2....
Peace....
aku ada cita baru nak bgtau korang sume... pasal hobi dan minat aku yang baru ku cambahkan.... hi hi hi... dalam kesibukan disamping keja2 hakiki dan study tetiba aku dapat minat baru... berkobar2... urm... aku sekarang sibuk belajar kemahiran menjahit baju kurung... benda yg aku x penah ada asas atau pendedahan sejak kecik... asal je nak buat baju mesti pusing cari tailor... masa nak raya lagi la... kalau lambat je antar tempahan kat tailor alamat x merasa la pakai baju raya baru...

Kak Zura... opis mate aku... org yang bertanggungjawab mencambahkan kemahiran dan minat aku dalam seni jahitan ni... Kak Ros plak penasihat aku dalam mencantikkan lagi seni jahitan aku yang x berseni... diorg ni la org kuat yang byk support aku... mula2 hubby aku sendiri tawakan aku bila aku cakap nak buat baju kurung sendiri... walaupun dia anggap aku mcm main2 je aku teruskan jugak siapkan baju aku tu... apa dia nak cakap.. cakap la... bila dah siap je sehelai baju aku tunjuk kan kat dia baju yang aku siapkan hasil tunjuk ajar cikgu2 aku tu... baru bulat biji mata dia... n then bila aku dah nak start buat baju kurung yang kedua... baru la aku dapat merasa kan bahang "moral support" dari hubby aku yang tercinta tu... walaupun byk sgt komen yang kuar dari mulut dia... itu x betul, ini x betul... mcm dia plak cikgu aku...tapi  aku terima dengan hati yang terbuka..

yang paling manis buat aku adalah saat dia membenarkan aku membeli sebuah mesin jahit portable SINGER yang menjadi idaman aku sejak timbulnya seni jahitan baju kurung aku tu... TQ honey... I Love U so Much.. hubby aku tu susah ckit bab2 nak beli brg mcm tu. pada dia x penting dan x perlu pun, mungkin dia tgok aku berkobar2 nak jahit baju sendiri. itu yang membuka hati dia nak benarkan aku beli mesin jahit tu..

malang pulak aku x dapat nak post gambar baju hasil jahitan baju aku tu kat sini... ada masalah teknikal ckit... InsyaAllah, nt bila masalah teknikal tu dah diatasi aku akan post kan hasil pembelajaran aku ngan kak zura tu kat ruangan ni untuk tatapan kawan2.. nak jugak aku dapat komen dari kawan2 hasil jahitan aku tu... maklumlah... bila dah berusia mcm ni baru nak belajar itu ini...tp masih belum terlambat.. dah kurang 1 masalah aku nak cari tailor utk buat baju aku... rasa puas tau.. dapat pakai baju hasil jahitan tangan sendiri...

Buat kak zura n kak ros, serta opis mate aku yang lain2 tu terima kasih la. korang mmg best... ckit pun x menjatuhkan semangat aku yang berkobar2 nak belajar buat baju dari kak zura... TQ sgt...

ok... kita jumpa next post...

Luv U all...

Ahad, 27 September 2009

salam aidilfitri

terasa cepat masa berlalu... sekejap jer dah raya ke -8 hari ni, aku pun dah start keja.. tp hubby masih bercuti dan masih dengan mood rayanyer.. dalam keletihan berdepan dengan perjalanan jauh dari kl ke pahang dari pahang ke peneng dari penang kembali ke kl. mmg terasa jugak sengal2 bahu ku ini. hari ni terpaksa jugak la aku mencari mood keja balik... x puas rasanya bercuti di kampung.. lama2 sekali baru dapat balik menjenguk ayah bonda di kampung mmg terpendam jugak rindu ayah bonda ku yang tercinta. seronok dapat beraya bersama.

kat opis pun masih ramai lagi yang bercuti... x berapa kerat yang ada.. nak keja pun... alahai.. buat je lah apa yang patut.. masing2 masih melayan kenangan beraya di kampung... ntah ada ntah tidak diorg tu kat opis ni... takut badan je ada kat sini... hati n fikiran masih kat kg lagik...

kawan2... marilah kita sama2 mencari mood untk bekerja yer....

di kesempatan ini la aku sebagai insan yang lemah ingin memohon seribu kemaafan, seandainya ada terlanjur kata.. terkasar bahasa... x kira la sama ada sedar atau tidak ada kesalahan tu, aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.... minta maaf segala2 nya... jgn la simpan dendam dalam hati...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
MAAF ZAHIR & BATIN....

PEACE.........

Isnin, 24 Ogos 2009

Kehadiran Yang Dinanti...




Ramadhan datang lagi... Sekian lama umat islam menunggu kehadiran bulan mulia ini...

bersama lah kita berusaha menambahkan amal ibadat kita di bulan keberkatan ini... Amin....

Khamis, 6 Ogos 2009

khasiat ayat Al-Quran


Assalamualaikum...

ni info yang aku dapat dari laman web Jabatan Agama Islam Perak.. menarik n sgt berinfomasi... kita kongsi sama2 fadhilat ayat2 suci Al-Quran ni... aku harap dapat jadi panduan utk kita...

1) Surah Al Waaqiah / Ayat 19 :Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakitSurah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur.Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.


2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :Baca dalam musibah bukan sahaja kematianSurah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.


3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar


4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.


5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman


6) Surah Ta'Ha. / Ayat 25 - 27Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok ajar anak.


7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15Doa untuk jauhkan seksa kuburUntuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.Untuk Mohon murah rezeki.


8) Surah Al QadrDoa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib.


9) Surah Al-Anbiyâ’ / Ayat 83 :Doa Nabi Ayob – ketika sakit selama 18 tahun


10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman.


11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).


12) Surah Al-Imran / Ayat 200Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.


13) Surah Ash-SharhDibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati. Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang. 40X selepas solat fardhu.

Rabu, 5 Ogos 2009

haRi RaBu YanG maLAng Bagi Ku

semalam hari paling moody la bg aku... boleh plak aku merajuk ngan hubby aku sampai saggup aku dtg keja naik lrt... nak tunjuk la konon yang aku merajuk... malang pulak aku semalam...sampai opis dah lambat.. punch kad pun 8.04 minit, risau jugak aku x penah lambat dtg keja.. tapi nak ke xnak aku masuk jugak la opis aku dengan muka slumber n sposen nye.. tp ok jugak la x ramai org pg2.. mgkin ramai yag berkursus n pegi breakfast jd x nampak sgt aku lambat. 4 minit lambat tu kira ok lg la... x la dikatakan lambat sgt.. bertambah2 moody aku... kena plak gantikan PA TKP kat bangunan sebelah yang pegi klinik. asyik pegi klinik jer...mmg hangin jugak aku.. asyik kena gantikan org jer... kena paksa buat keja org smpai keja aku terbengkalai.. dalam erti kata yang sebenar... pending sebentar la. baik aku jer jadik PA TKP tu.. lagi pun aku ni bukan la "pool". mau x hangin.... aku duduk sekejap jer kat situ.. bg nampak muka jer.. xnak aku dok tempat macam gua kat situ.. sorg2.. sunyi sepi.. staf2 kat situ pun x pulak nak lalu lalang kat situ.. takut kena tegur ngan TKP. he he he he.... atleast x la aku kesunyian kat situ... tp ok la... aku nak moody pun sekejap jer... pastu hilang mcm tu jer.

kdg2 aku pun lupa aku moody... bila dah jumpa kawan2 dah hepi2 balik..

time kul 5 tu aku dapat mesej hubby aku nak ambik kul 5.10 kat bawah... konon nak tunjuk perasaan aku yang aku merajuk dgn dia ntah apa sebabnya aku pun x pasti terus aku reply kat dia xyah ambik aku. nak balik naik lrt la dah aku dtg td pun dgn lrt.. hubby aku tu pun mcm pasrah jer..

aku pun naik la star lrt kat jalan sultan ismail tu sampai kat cempaka... kalau aku turun kat cempaka tu xde la nak berebut nak naik bas sbb kat situ x la ramai sgt org.. sampai bas sri nilam aku pun naik la bas tu... kira aku org terawal yg naik bas tu.. jadi dapat la duduk.. aku tengok kakak kat sebelah aku tu terlelap aku pun terpikir la nak terlelap sekejap... ntah mcm mana la aku mmg betul2 terlelap.. mmg aku x sedar langsung.. ntah mcm mana la keadaan aku masa tu agaknya... malu pulak aku bila memikirkan nya.. bayangkan lah bila aku buka jer mata.. rupanya rumah aku dah jauh terlepas.... panik sekejap tp masih under control... he he... dengan perasaan yang bercampur baur aku pun tekan la loceng.. pastu ambik bas yang ke sri nilam.. mmg lambat la ku sampai kat umah. dekat2 kul 7, nasib baik aku dah solat asar kat opis sebelum balik tu. menyesal pulak aku merajuk sampai mcm tu... penat.. malu pun ada... InsyaAllah, lain kali x buat lagi dah..

Abg... sorry erk... cyg merajuk x tentu pasal... he he he..

Selasa, 4 Ogos 2009

duLu ~ KiNi ~ SeLaMaNyEr

Rabu, 15 April 2009



salam hormat buat anda semua...

hari ini adalah hari yang amat cerah, bila buka je mata aku rasa sungguh bersemangat untuk meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba..semoga aku terus tabah menghadapi ujian2 dari yang maha esa. Bersyukur aku ke HadratNYa dikurniakan jiwa yang tenang, hidup yang aman. Tanpa rahmat dari NYa, pastinya sukar aku melalui perjalanan hidup ini... wah... berbunga2 jugak ayat erk.. he he he.. dah lama aku x bukak blog sendiri.. baru nak belajar2 buat blog sendiri... kadang2 ketandusan idea jugak nak update blog ni... tp ok jugak la... rodek ckit2... he he he.. salam ceria buat sahabat semua... semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam dan menjadi panduan untuk menghadapi hari esok....

Selasa, 20 Januari 2009

SURAH PENAWAR



Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 1 0x pada mata.4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 1 0x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.5) Jika membacanya 1 ,000x rezeki kita akan bertambah.6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 7 1 x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.



Jom kita tengok anda di no berapa...................

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


No.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

No.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

No.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

No.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

No.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

i'm rich








This morning I searched my wallet.
It was empty.
Then, I checked my pockets
I found a few coins
I then searched my heart and found you.
Then, I realized how rich I really am...


Thanks for being my friend and e-mail buddy!
May you be as rich as I am
Life isn't about waiting for the storm to pass
It's about learning to dance in the rain.

Isnin, 19 Januari 2009

Bersyukur kerana masih dipanjangkan hayat usia kita. Hari ini,sebagaimana yang anda juga tahu adalah penghulu segala hari. Banyak keberkatan yang ada pada hari ini. Baiklah……………. mengambil berkat hari Jumaat, satu ilmu yang cuba untuk aku kongsikan ini adalah berkenaan dengan kebahagian hidup. Semua manusia inginkan kebahagian dalam hidup. Namun apakah kebahagian yang kita kecapi hari ini menepati ciri2 kebahagian hidup yang dituntut oleh agama kita??
PERTAMA : pasangan hidup yang soleh. Sebabnya sudah tentulah sifat solehnya itu akan mewujudkan suasana aman tenteram dalam rumah kita sekaligus menciptakan keluarga yang soleh.
“Solehkah kita untuk pasangan kita?? persoalan tu macam kena kat batang hidung aku sendiri. Anda, bagaimana?? Saya pasti anda soleh untuk pasangan anda…”
KEDUA : Kebahagian yang dituntut adalah memiliki qalbu yang yang sentiasa mensyukuri. Mensyukuri nikmat yang diperoleh dan redha dengan segala apa ujian dan musibah daripada Yang Mencipta. Jika sifat ini ada dalam diri kita, nescaya kita mudah memahami sifat2 ALLAH.
KETIGA : Memiliki usia yang berkat. Semakin alam kubur memanggil kita semakin banyak amal yang kita lakukan. Semakin banyak amal yang kita lakukan semakin rindu kita untuk bertemu denganNYA. Memetik bait indah dalam lagu “Sepohon Kayu”
“….. walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya”
KEEMPAT : iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Amal ibadah kita seharian adakah mencukupi untuk membalas cinta ibu bapa kita? sememangnya kita sendiri dituntut dan dipertanggungjawab kepada ibu bapa kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Sebagaimana yang anda tahu, doa anak2 yang soleh dimakbulkan ALLAH.
KELIMA : berada dalam ruang lingkup rakan-rakan yang mampu menambahkan keimanan kita dan bukannya yang merosakkan jiwa dan pegangan agama kita. Rasulullah sendiri menganjurkan kita agar selalu berdamping dengan orang2 yang soleh.
KEENAM : sentiasa terangsang untuk mendalami ilmu-ilmu Allah. Membezakan antara seseorang adalah ilmu yang dimiliki. Ilmu itu pula seharusnya diamalkan dan dikongsi bersama bukannya diRAHSIAkan.
KETUJUH : memiliki harta yang halal. Tiada guna jika harta yang bertimbun tetapi datangnya dari sumber yang haram dan berbahagilah anda dengan harta yang sedikit tetapi dari sumber yang halal. namun begitu, tidak beerti Islam melarang umatnya daripada mengejar kekayaan.
Orang yang memiliki harta yang halal, doanya mudah dimakbulkan
Sumber ilmu tersebut telah saya garapkan mengikut pemahaman dan penulisan saya. Penulis asal artikel tersebut ialah Mohd Zuhairi Zainudin, Perunding Motivasi Self Dynamic and Management Training Consultant. Semoga kita sama2 menuju ke arah 7 kebahagian dalam hidup.
Salam hormat.